Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Pemerintah negara itu ibarat CEO sebuah syarikat.

CEO sebuah syarikat yang menjalankan tanggungjawab menguruskan syarikat yang diamanahkan oleh rakyat. Disini rakyat ibarat pemegang – pemegang saham. Dan rakyat juga sebagai pekerja untuk syarikat tersebut.

Ada dua ‘position‘ untuk rakyat.
1. Pemegang saham
2. Pekerja

Sebagai pemerintah, ada 3 perkara penting yang harus dilaksanakan.
1. Memastikan hutang negara dilangsaikan dengan kadar segera.
2. Memastikan simpanan negara cukup untuk menampung rakyat berbulan – bulan dan bertahun – tahun sekiranya kita menghadapi masalah contohnya berlakunya perang.
3. Fikirkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan kepada negara supaya keuntungan tersebut boleh dibahagikan kepada pembangunan negara dan ‘public benefits‘.

Harus diingat, negara ini hak milik rakyat kerana rakyatlah pemegang saham dan pekerja. Pemerintah dilantik oleh rakyat untuk menguruskan negara yang dimiliki oleh rakyat.

Bagaimana untuk dapatkan keuntungan kepada syarikat atau negara?

Pemerintah harus pandai untuk mencari sumber, produk, nilai dan servis yang ada di dalam negara untuk dijual kepada orang luar (business to customers) atau negara luar (business to business). Gunakan lah rakyat untuk lakukan kerja – kerja menguruskan sumber, produk, nilai dan servis yang ada di dalam negara supaya dapat di jual ke luar negara dan menyebabkan aliran tunai masuk ke dalam negara. Itu cara yang betul.

Pemerintah kena bijak memilih dan mengurskan produk jualan. Jangan hanya bergantung harap kepada satu barangan sahaja seperti minyak mentah. Perlbagaikan barangan supaya jika berlaku sesuatu kepada satu barangan seperti minyak mentah, aliran tunai kita tidak lumpuh.

Sebagai CEO syarikat, kita dilarang sama sekali untuk meningkatkan pendapatan syarikat dengan meminta atau mencukaikan pekerja kita untuk dapatkan aliran tunai. Kita harus menjaga pekerja – pekerja kita supaya mereka sentiasa gembira bekerja untuk syarikat.

Kita harus mencari aliran tunai melalui pelanggan atau syarikat luar, bukan dalam syarikat kita sendiri. Dengan ini syarikat akan lebih maju untuk membayar hutang, membuat simpanan dan mencari keuntungan untuk memberi keselesaan kepada pekerja.

Menjadi pemerintah bukannya mudah, dialah yang pertama sekali bangun tidur sebelum rakyatnya membuka, dialah yang terakhir sekali makan setelah rakyatnya sudah makan, dan dialah yang terakhir sekali tidur setelah semua rakyatnya telah tidur. Itu adalah tanggungjawab. Tanggungjawab bagi mereka yang sayangkan negara dan rakyatnya.

Jangan pernah dilupa menguruskan syarikat dan negara itu tak jauh larinya. Kita boleh lihat daripada contoh terbaik kita, Rasulullah SAW (bacalah selawat) adalah peniaga yang bertukar jadi pemerintah. Ini adalah kerana baginda faham apa yang harus dilakukan untuk menjadi pemerintah.

Pandangan ikhlas dari,
Seorang rakyat yang cuba untuk berfikir untuk negaranya.
Yang sayang akan negaranya.

Well, to each his own.

 

Tulisan asal : Khalif Samsudin

 

Baca Sini : Kemungkinan Yang Akan Terjadi Kepada Peniaga Bila Harga Minyak Naik

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments