Ini Adalah Nasihat Bagaimana Menguruskan Kewangan Dalam Perniagaan Dengan Cara Yang Paling Basic

Buat mereka yang baru mula berniaga, yang ada company enterprise, yang selalu ‘tercuri duit’ dari akaun syarikat, kemudian mula lah gelabah duit tak cukup untuk rolling, artikel ini amatlah sesuai untuk anda.

Siapa pernah ada kes macam ni? Sama lah kita. Heheh.

Kebiasaannya, disebabkan kes-kes macam ni lah yang buat kita akan lebih sedar untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur tapi jangan risau untuk enterprise pun kita boleh uruskan kewangan juga.

Mengikut pengalaman kebanyakan orang yang menggunakan akaun enterprise, memang pada mulanya akan ada satu ketika kita selalu ambil duit syarikat untuk kegunaan sendiri. Kadang-kadang guna duit pun untuk syarikat juga tapi resit selalu hilang. Ini tidak bagus kerana membuatkan akaun tidak cantik lagi-lagi kalau tiada resit. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Mana duit yang kita perlu simpan, yang perlu rolling dan untuk kegunaan sendiri?

Sebelum nak ulas dengan lebih lanjut, jom kita fahamkan serba sedikit apa itu perniagaan Enterprise:

Ciri – ciri pemilikan tunggal (Enterprise)
● Pemilik tunggal atau persendirian.
● Kebiasaan modal diperoleh dari diri sendiri atau keluarga dan rakan.
● Mudah ditubuhkan dan prosedur tak rumit.
● Cukai dikenakan dalam bentuk perseorangan cukai pendapatan (LHDN).
● Berhak mendapat semua keuntungan dan menanggung semua kerugian.
● Kadar cukai agak tinggi berbanding Sdn Bhd.
● Rekod dokumen perakaunan hendaklah disimpan selama 7 tahun.
● Enterprise tidak perlu audit.
● Sukar mendapat pinjaman modal dari institusi kewangan.

srategicwealth.com
srategicwealth.com

Kalau kita tengok dekat carta aliran Financial Planning dekat atas ni, ia adalah lebih kepada rumusan untuk artikel ini. Formula yang paling penting dalam menguruskan kewangan ialah ‘Jangan Membazir’! Usaha untuk simpan duit setiap minggu dan bekerja keras dari awal bisnes. InsyaAllah berjaya.

Kalau dah simpan duit dalam ASB contohnya, perkara yang terbaik yang kita perlu lakukan ialah elakkan terguna duit tu walaupun dalam keadaan sesak.

Sayang sebenarnya. Kat situ kalau dapat simpan sampai penuh, kita dah boleh nampak dah, “oh aku ada duit emergency banyak ni”. Kalau lah terguna, cepat – cepat ganti balik.

Ok. Selalunya lah kan, kita selalu tercuri duit untuk benda-benda macam dekat bawah ni:
● Makan.
● Shopping.
● Beli stok yang tak dapat dijual. (contoh beli kain tapi tak buat apa – apa dengan kain tu)

Kita akan mengalami dua masalah ni lepas kita tercuri duit tu :
● Aliran duit keluar dan masuk tidak selari.
● Duit rolling semakin sikit disebabkan banyak faktor.

AKAUN TAK SELARI

Untuk masalah ni, kita akan sakit kepala bila hujung tahun kita nak tutup akaun. Selalunya, dalam penyata akaun kita, duit masuk banyak, tapi duit keluar tak ada resit! Akauntan akan tanya, duit ni keluar sebab apa? Dah susah nak jawab. Yelah, korang guna duit tu bulan 1, bulan 12 dia tanya manalah nak ingat. Resit pula tak ada!

Risikonya nanti, kalau tak dapat cari resit tu, walaupun duit tu korang guna untuk beli barang syarikat, duit tu boleh dikira macam digunakan untuk berjoli dan tak boleh nak tolak dekat income tax nanti. Dah kena bayar income tax sampai puluh ribu, tapi duit simpanan atau rolling nak bayar income tax pun tak ada.

Nampak je konon – konon dalam penyata bank, sepatutnya ada duit sebanyak ni, tapi sebenarnya duit dah suam – suam kuku. Tak banyak mana pun. Kat sini lah nanti, kalau salah percaturan, kebanyakan bisnes boleh gulung tikar atau bankrap.

Takut kan? Lagilah pulak kalau guna Enterprise, kalau isytihar bankrap, dengan diri sendiri pun bankrap.

Sebaiknya,
Ambil tahu, apa yang boleh kita claim untuk income tax.

Antaranya ialah :
● Makan / minum.
● Entertainment.
● Belanja client / customer.
● Zakat.
● Kegunaan company. (shooting, kalau tershopping baju tu, boleh la konon untuk guna shooting)
● Beli buku / majalah.
● Minyak kereta / tol.
● dan lain-lain.

Untuk benda seperti di atas ni, perlu simpan dan kategorikan resit, tampal dekat kertas A4 dan filing kan. Amalkan masuk resit dalam kotak bila sampai rumah, bila ada waktu lapang atau kalau korang ada staff, minta dia tampal resit dekat A4.

Kalau korang tengok wayang ke, karaoke ke, terbeli handbag ke, semua tu boleh buat atas expenses kononnya belanja staff atau klien ok.

Apabila hujung tahun, kalau terasa macam tak selamat dan nak kena bayar tinggi untuk income tax, apa kata ambil sikit duit untuk zakat. Zakat ni akan tolak 100% terus dari income tax. Sekurang – kurangnya tenanglah hati bila dapat bagi zakat dari bayar income tax. Hewhew

Bila nak beli kereta ke, rumah ke, perabot ke, beli lah atas nama company. Jadikan aset company.
Walaupun sebenarnya enterprise ni walau macam mana pun kena dekat diri kita balik.
Sekurang – kurangnya apa yang boleh ditolak untuk income tax, kita cuba.

Sebabnya kalau korang tak buat betul – betul income tax ni, benda ni lah akan mengakibatkan korang cemas dan mana tahu tiba – tiba LHDN nak datang check, memang menangis tepi bucu katil je lah jawabnya.

So dari awal bisnes, kena ada perancangan yang rapi untuk akaun bisnes korang. Hujung tahun jangan main hentam je ambil akauntan yang tak bertauliah, akibatnya akaun korang jugak yang rosak nanti! Tu terjadi pada saya banyak kali.

DUIT ROLLING SEMAKIN SIKIT AKIBAT TERCURI DUIT SYARIKAT

Ini masalah yang sering kali kita dengar. Mula – mula bisnes ok, tapi lama – lama duit tu hilang dengan sendirinya. Pelik kan? Mula lah rasa down, rasa nak tutup bisnes dan teruskan bekerja macam biasa. Sedihnya.

Sebab itu selalu diingatkan bahawa PERANCANGAN KEWANGAN SANGAT PENTING!

Senaraikan dulu apa benda yang wajib dibayar setiap bulan :
● Sewa / loan rumah.
● Loan kereta.
● Bil utilities. (api / air / streamyx)
● Insurans diri.
● Bil telefon.
● Bil POSLaju. (kontrak tiap bulan)
● Bil astro.
● Bagi duit kepada keluarga.

Senaraikan perbelanjaan rumah tiap bulan :
● Groceries.
● Pampers anak / baju dan kelengkapan.
● dan lain – lain.

Dari senarai di atas ni, kita boleh rancang berapa TARGET SALES yang perlu kita buat setiap bulan.
Kemudian, bezakan antara perbelanjaan sendiri dan perbelanjaan syarikat.
Letakkan berapa yang kita perlu dapat sebagai gaji bulanan.

Contohnya, gaji bulanan letaklah RM5000.
Dari RM5000 setiap bulan, ini sahaja yang boleh dipakai untuk diri sendiri tanpa perlu curi duit syarikat!

Buat dua akaun. Satu akaun simpanan, satu lagi akaun semasa syarikat.

Kalau ada perbelanjaan yang boleh claim (contohnya makan di restoran), yang ni tampal resit dekat A4 dan senaraikan dekat Microsoft Excel. Setiap 2 minggu atau hujung bulan, boleh claim.

Walaupun gaji sikit, tapi kalau claim insyaAllah lah tak kacau gaji sangat. So gaji tu boleh lah jadi duit simpanan dan belanja runcit sebab belanja barangan runcit tak boleh claim.


Ni baru senaraikan dua perbelanjaan, kalau syarikat dah semakin besar, benda atas ni tak pandang dah! Lagi sakit kepala bila kita yang kena fikirkan :

● Beli kain.
● Bayar tailor.
● Beli aksesori.
● Sewa kedai.
● Bayar kwsp / perkeso.
● Bayar gaji staff.
● Insurans staff.
● Bil utilities office / butik.
● Peti cash syarikat.
● Nak buat paper bag.
● Dan macam-macam lagi.

Kalau dari awal bisnes lagi masih tak reti nak senarai dan uruskan benda simple, bila bisnes dah besar, sudah tentu akan ada masalah dan susah jika nak aturkan semua benda ni sekaligus.

ikaradiusite.blogspot.my
ikaradiusite.blogspot.my

Jadi, kalau tanya saya, macam mana saya handle duit syarikat dengan baik?

Jawapannya, saya seorang yang tidak suka merumitkan otak. Tak suka nak berfikir lebih – lebih bab untung dan rugi. Saya akan berbalik kepada NIAT saya mulakan perniagaan ialah untuk mencari nafkah dan teruskan kehidupan.

Jadinya saya akan buat kerja dengan senang. Jika ada hutang saya cuba langsaikan secepat mungkin. Kerana, hutang tu yang akan membebankan dan menolak rezeki kalau kita lewatkan pembayaran.

Jangan terlebih mencongak kerugian dan keuntungan. Saya lebih suka ikut flow dan aturan yang betul. Saya akan fikir dengan tenang. Kalau jual banyak ni, aku akan dapat banyak ni.

Mungkin akan rugi kalau stok tak habis jual atau ada backout buyer. Tapi tak apa lah. Bila bisnes dah besar, baru fikirkan nak buat apa dengan barang yang tak jalan tu. Mungkin dengan bagi Free Gift dekat customer atau dengan cara yang lain.

Bak kata CEO Mood Republik, lagi banyak awak bagi, lagi banyak awak dapat. ‘The Power of Giving’

Ini saja saya dapat share kali ni, segala kekurangan dan kesilapan saya minta maaf sebab apa saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman saya sahaja. Semoga mendapat manfaat dari cerita kali ini.

Mohon share jika tuan puan fikir ianya mampu membantu orang lain juga. Boleh juga buat pahala sambil santai-santai.


Tulisan asal : Ika Radiustie


Baca Sini : 12 Panduan Kepada Anda Yang Baru Nak Mula Buat Bisnes.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Comments

comments