Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

6 CIRI-CIRI PENGARAH SYARIKAT YANG BIJAK
=====================================

Bagaimanakah anda ingin menjadi seorang pengarah syarikat yang baik dalam mengurus dan mentadbir syarikat anda?

Peranan Pengarah Syarikat

1) Bagi menjadi seorang pengarah yang baik, pengarah perlulah bertanggungjawab ke atas urus tadbir syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan untuk kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak yang lain. Jadi, pengarah perlu bertindak untuk memenuhi kepentingan syarikat tersebut.

2) Pengarah syarikat juga perlu mengetahui tarikh penting bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat Agung Tahunan syarikat perlu diadakan selewat-lewat 18 bulan bagi tahun pertama pertubuhan. Manakala untuk tahun-tahun yang seterusnya boleh diadakan dalam masa 15 bulan. Jika pengarah gagal dalam melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan syarikat dalam tempoh yang ditetapkan, mereka boleh disabitkan kesalahan di mahkamah dan boleh dikenakan denda sebanyak RM5000.

3) Selain itu, pengarah syarikat perlu menyimpan rekod-rekod perakaunan dan membentangkan laporan akaun audit di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pengarah perlu membentangkan laporan audit syarikat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh selewat-lewatnya selama 18 bulan bagi tahun pertama dan 15 bulan bagi tahun seterusnya. Jika laporan audit ini gagal dibentangkan, pengarah syarikat jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama 5 tahun atau dikenakan penalti sebanyak RM30000.

4) Tambahan lagi, pengarah juga perlu bertanggungjawab bagi melantik ‘Setiausaha’ syarikat yang berkelayakan. Setiausaha syarikat bertujuan untuk menguruskan Mesyuarat Agung Tahunan dari memberikan notis mesyuarat sehingga merekodkan minit mesyuarat tersebut.

5) Selain itu, pengarah juga perlu melantik ‘Juru Audit’ yang bertauliah dan juga profesional. Tugas untuk menyediakan laporan audit ini perlu diserahkan kepada juru audit yang telah diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountant.

6) Akhir sekali, seorang pengarah syarikat perlu mengambil tahu tentang tarikh-tarikh penting seperti untuk pembayaran cukai kepada LHDN dan juga membayar GST kepada pihak KASTAM. Bagi membuat bayaran GST setiap tiga bulan sekali manakala untuk pembayaran cukai, syarikat perlu membuat bayaran dalam masa 7 bulan setelah akaun ditutup.

Semoga bermanfaat.

Baca Juga: Shell Bijak! Siapa Kata Company Besar Tak Kedekut Duit.

Tulisan: Tuan Amsyari Shakur

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments