Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Apabila orang muda meminta tip membina perniagaan, benda pertama selalu saya tekankan adalah, Rekod Angka.

Angka boleh diklasifikasikan kepada beberapa perkara, angka jualan, untung, perbelanjaan, stok dan pelbagai lagi.

Kita boleh merekod setiap transaksi yang melibatkan angka dalam pelbagai sistem. Paling mudah gunakan sahaja microsoft excel.

tukangfikir.com

Seperti produk yang mempunyai PLC, (product life cycle), perniagaan juga melalui fasa tertentu sepanjang perjalanan membina perniagaan.

Kemajuan perniagaan boleh diukur samada mencapai prestasi baik atau sebaliknya berdasarkan angka yang direkodkan. Ukuran ini membantu mengukur prestasi perniagaan.

Berdasarkan pengalaman, tempoh start up yang sihat adalah 3 tahun sebelum ia memasuki fasa berkembang (growth).

Sekiranya selepas 3 tahun, angka menunjukkan prestasi sebaliknya iaitu semakin menurun, disitu sahaja boleh diketahui strategi perniagaan perlu diperbaiki dan persediaan lebih rapi perlu diperlakukan kerana perniagaan bakal memasuki fasa berkembang.

Andai masih dibuai mimpi, merasa selesa berada ditahap sama, bermakna pendiri masih belum mempunyai minda berniaga.

Sayangnya disini, pendiri telah melepaskan peluang menjadi kaya dan mengumpul harta dalam usaha membina perniagaannya sendiri.

Setelah berkembang hebat, perniagaan akan memasuki fasa matang (maturity). Disini pendiri sudah boleh selesa kerana tahap ini perniagaan sudah mula stabil.

Disini amat penting pendiri mempunyai rancangan baru memastikan perniagaan kekal hebat.

Atau memilih untuk terus berusaha meninggikan graf angka dengan membuat pelbagai perkembangan baru dalam perniagaannya.

Setiap perkara yang naik pasti akan turun.

Begitu juga perniagaan. Semasa fasa matanglah selalunya perniagaan akan berhadapan dengan masalah ekonomi dalaman atau luaran. Boleh jadi produktiviti menurun atau berhadapan dengan perubahan iklim ekonomi atau perubahan pasaran yang menyebabkan prestasi jualan mula menurun.

Apabila perniagaan mula memasuki fasa menurun (decline), disinilah perlu berhenti seketika. Titik hentian ini di sebut pengambilalihan atau campur tangan (intervention).

Dititik ini akan diputuskan samada berhenti berniaga sebelum terus rugi, atau membuat pelan tindakan segera bagi memastikan angka graf naik semula.

Disinilah jika tidak bersedia, kita akan gagal menarik brek untuk berhenti. Lalu “jatuh terduduk” akibat terus menerus membiarkan angka jatuh dan perniagaan tersungkur.

Memahami kitaran ini membawa banyak faedah dalam merancang perniagaan. Setiap kali perniagaan bakal memasuki fasa baru, setiap kali itulah perlu bersedia dengan strategi baru, segar dan sedia dilancarkan.

Bagi mereka yang baru berniaga, dan merasa sangkut sangkut, janganlah merasa risau. Teruskan melipat ganda usaha dan mencari jalan belajar sesuatu yang baru. Anak kecil pun sering terjatuh semasa bertatih sebelum tegap berdiri.

Apa yang perlu dirisaukan adalah jika angka jualan tidak berada pada aras sepatutnya. Itu bermakna strategi sedia ada perlu dipermantapkan lagi. Usaha perlu dipergandakan. Hidup kena sentiasa positif. Tahap keyakinan pastikan di aras tertinggi.

Apabila sudah sampai ke fasa matang, anda akan melihat perjalanan getir yang dilalui semasa membina perniagaan itu dengan satu pandangan kepuasan.

Kerana itu merekod angka sangat perlu. Ia elemen penting dalam membina empayar perniagaan.

Angka yang direkod itu terjemahkan dalam graf Kitaran Hidupan Perniagaan. Baru berbaloi peluh dan usaha berniaga.


Tulisan asal : Mahanom Mohammad


Baca Sini : 16 Langkah Bina Bisnes Daripada Kosong.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments