Bisnes Rugi 30k Kerana Tiada SOP

Bulan March 2015 adalah tarikh keramat dalam bisnes dan hidup saya.

Ceritanya begini.

Pada permulaan bisnes Adwa Creative kami dapat satu tempahan mereka dan mencetak sebuah buku untuk sebuah syarikat jualan langsung. Kami sangat gembira kerana nilai keuntungan yang bakal diperolehi bernilai RM30K.

Maka setelah semua persedian dan meeting dibuat kami akhirnya berjaya menyiapkan buku tersebut dalam dateline yang diberikan dan hantar buku tepat pada masanya.

Ketika pulang dari penghantaran hati saya berbunga-bunga mengenangkan cash yang akan masuk keesokkan harinya. Dalam perjalanan saya berhenti minum di sebuah kedai mamak dan ketika itulah mimpi ngeri saya menjadi kenyataan.

Mimpi Ngeri Menjadi Nyata

Pangilan dari syarikat itu, kami silap meletakkan muka surat sebanyak 4 muka surat salah letak. Buku sudah siap, modal sudah dikeluarkan. Baki bayaran juga tidak dapat diberikan sehingga kami selesai memberikan buku baru yang betul.

Buku yang silap cetak tidak boleh dibuka kerana ianya memakan lebih banyak masa dan modal. Pilihan lain tiada. WAJIB cetak baru. Saya pulang sugul. Isteri tidak lagi memberi erti. Anak hanya memenigkan kepala pada waktu itu.

rugi tiada sop tukang fikir
Sewaktu saya 23 tahun dengan anak ke-2 saya.

Saya mendiamkan diri berfikir di mana silapnya. Setelah bertenang dan berfikir panjang saya ambil keputusan kami akan keluarkan lagi RM30K untuk mencetak semula buku yang salah.

Hati ini masih marah, menyalahkan partner, menyalahkan staff atas kesilapan yang dibuat. Saya tidak mahu lihat silap sendiri. Dalam hati rasa mahu buang sahaja staff itu, rasa mahu buang sahaja partner itu.

Tapi Allah Mahu Berkuasa. Saya duduk diam sambi buka kembali nota mentor saya Puan Ainon Mohd. Saya baca kembali nota-nota mengetap bibir yang beliau tuliskan. Ketika itu saya degil, tak mahu dengar cakap guru.

Aturan Allah Maha Sempurna

Saya masih rasa itu salah mereka dan mereka mesti bertanggungjawab. Hukuman mesti diberikan. Benarlah aturan Allah itu Maha Sempurna. Beliau keluarkan satu nota dalam group rahsia tentang kesilapan kerana tidak menyediakan SOP pekerjaan dalam bisnes.

Saya tidak tetapkan siapa yang semak, siapa yang semak kali kedua. Semakan terakhir sebelum dicetak. Saya tidak tetapkan SOP untuk proses ini. Jadi saya tidak berhak menyalahkan sesiapa.

Bagaikan disepak berkali-kali saya melihat kembali kesilapan itu dari perspektif yang berbeza. Saya lihat kembali apa silap saya. Saya tenung dalam-dalam di lubuk hati.

Semua Salah Saya

Benarlah, ini semua silap saya. Saya tidak sediakan SOP jelas bagaimana proses kerja membuat buku itu sepatutnya dilakukan. Saya bermuhasabah dan mula melihat kembali perniagaan saya, rupanya saya tidak pernah ada SOP bisnes.

Saya panik dan mula mencari-cari siapa yang mampu mengjarkan saya tentang ilmu SOP. Allah lalukan di news feed saya Tuan M Firdaus Baharuddin yang saya kenali di ruang maya.

Berat hati saya PM beliau meminta temujanji. Allah permudahkan sekali lagi urusan saya. Beliau ajarkan secara lisan bagaimana membina SOP perniagaan yang sepatutunya menjadi nadi dalam semua perniagaan.

Perjumpaan tiga jam itu memang berbaloi. Saya berjaya merangka SOP bisnes dengan tunjuk ajar beliau. Sabar beliau membetulkan dan menyemak SOP yang saya tunjukkan.

Baca : Ternyata, Kepenatan Anda Berbisnes Akan Hilang Setelah Anda Memiliki Panduan SOP.

Tiada Silap Besar Lagi

Sejak mempunyai SOP, kami masih belum membuat sebarang kerugian dalam konteks kesilapan teknikal. Benarlah kata orang-orang berjaya. Bisnes ini adalah satu perjalanan untuk pembelajaran dan pengalaman.

Nasihat saya, jika anda sekadar mahu berniaga SOP ini akan nampak sangat remeh dan menyusahkan.

Jika anda ingin membina perniagaan yang kukuh dan teratur, SOP inilah yang menjadi tunjang kepada kekuatan seluruh perniagaan.

Belajarlah dari kesilapan saya dan binalah SOP yang akan membentuk sistem untuk perniagaan anda.


BACA LAGI12 Panduan Kepada Anda Yang Baru Nak Mula Buat Bisnes


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Comments

comments

1 thought on “Bisnes Rugi 30k Kerana Tiada SOP”

Comments are closed.