Bank Yang Paling Sesuai Untuk Buat Loan Rumah

“Bank mana yang paling bagus untuk apply loan rumah?” Sesungguhnya rumah merupakan aset yang penting, untuk didiami, dan boleh juga dijadikan sebagai pelaburan sumber pendapatan.

Tapi bukan semua orang mampu beli rumah secara cash. Berapa tahun lah nak kumpul duit untuk beli rumah cash kalau gaji sekadar 3000.

Jadi, mungkin buat pinjaman bank lebih rasional untuk membeli rumah. Tapi bank mana yang paling bagus untuk kita buat loan beli rumah? Banyak faktor yang perlu dilihat dan dibandingkan terlebih dahulu.

Antara faktor yang penting kita kena pertimbangkan sebelum memilih bank untuk buat loan pinjaman rumah ialah seperti yang berikut:

1. Interest Rate
Ramai yang ambil kira interest rate sebagai faktor penting sebelum buat keputusan pinjaman. Betul, kita kena pilih yang sesuai dengan poket kita untuk bayar installment. Tapi tak bermakna bahawa Interest Rate yang murah itu yang paling bagus, kena lihat juga faktor-faktor lain.

2. Tenor (Tempoh Pinjaman)
Tengok juga berapa lama loan kita diluluskan. Sesuai dengan installment dan rate yang di offer atau tidak. Ada perbezaan jika tahun nya berbeza.

3. Margin of Finance (MOF)
90%? 80%? 70%?

4. MRTT/MRTA + Other Related Fees (5%)
Ada tak bank bagi “extra” 5% utk insurance or other related fees mcm legal fee dan valuation fee? Kalau ada, berapa banyak pulak. Kalau takda, berapa pulak budget atau cash yang korang perlukan. Benda ni sedikit sebanyak akan effect poket korang nanti. Jadi match kan offer ni dengan korang punya budget and plan.

5. Term & Condition
Semak “T&C”. Ini penting! Bila Loan dah approve, korang cek T&C yang di tetapkan. Jangan main pakai sign je sebelum baca apa yang patut. Kalau tak faham, tanya banker yang process loan korang tu. Ramai orang terlepas pandang, dah signed dah disbursed baru tahu ada T&C lain.

6. Default Rate & Default Payment
Bila korang gagal bayar installment korang bagi “beberapa” bulan yang di tetapkan, automatically korang akan di caj mengikut default rate. Biasanya default rate ni agak tinggi. Sebab dia guna BLR+. So rate korang mungkin jadi 9% to 10%.
Ini pun penting. Korang kene tahu “default” rate ni bila masa di kena kan. Most of the bank bagi tempoh 3 bulan. Tapi awas ada bank yang hanya bagi 1 bulan. Ramai orang terlepas pandang.

7. Coverage of Insurance (MRTT/MRTA)
Cek dengan banker tu, tempoh untuk coverage MRTT korang.. Takut korang tak perasan tempoh dia..
Kene tahu berapa amount coverage dan untuk berapa tahun..

8. Kos berkaitan
Cuba tengok dalam letter offer tu, ada tak fees lain yang perlu dibayar. Contohnya macam processing fee, stamping fee dan lain-lain.

9. Locked-in Period (LIP)
Ambil tahu juga jika pakej pinjaman tu ada LIP atau tidak. Jika ada, berapa tempohnya. Jika beli rumah under construction, bila effective date LIP. Dari 1st disbursement atau final disbursement. Ini pun penting utk planning/game korang. Berapa pulak penalty yang  perlu dibayar jika exit (jual/refinance) dalam tempoh LIP

10) Pakej Pembiayaan
Double check loan korang tu islamic atau konvensional. Full flexi atau semi flexi, atau mungkin term loan. Benda ni perlu tahu sebab setiap pakej ada benefit yang berbeza. Untuk yang beragama islam, amat lah di galakkan memilih islamik berbanding konvensional.

Ini antara isi-isi penting yang perlu ambil tahu sebelum sign Letter Offer. Dah consider point kat atas tu baru lah tahu bank mana yang lebih sesuai untuk kita.

Baca Juga: Cara Buat Duit Dengan ASB Financing

Tulisan: Puan Bella Leana

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Comments

comments