Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Bagaimana Mengemudi Bisnes Gaya Korporat Cara Gen-Y

top donate

wanted to became top donate ? TF

Dalam pengurusan syarikat gaya koporat, kita semua tahu ada 3 elemen ini.

Pemegang saham, ALP dan Pengurus Kanan – ketiga tiga ini mempunyai peranan berbeza, jika kita ada posisi pada ketiga elemen ini, bermakna kita kena ada 3 watak berbeza, BUKAN satu watak sahaja.

Pemegang Saham
Ini pelabur. Sama sahaja macam kita melabur ASB, mahu apa? Mahu untung. Di posisi ini, watak kita ialah mahu untung dari apa yang dilaburkan. Kalau tak untung, kita cari saham lain yang menguntungkan, jual saham yang rugi.

Ahli Lembaga Pengarah
Ahli lembaga pengarah yang menentukan supaya polisi polisi syarikat memenuhi kehendak pelabur. Mereka juga yang memilih CEO. Pendek kata, mereka ini yang menjawab dengan pelabur.

Pengurus Kanan
Mereka ini pekerja dalam organisasi paling atas. Tak kiralah: CEO, COO, CMO, CFO. Ini kepala kepala yang melaksanakan visi misi syarikat. Sebab itu, kalau kita follow syarikat besar, mereka tukar CEO sahaja. Bila bertukar CEO, maka bertukarlah semuanya terutama gerak kerja.

Jadi, sekarang ini, kita di posisi mana?

Betul. Kita belum sampai tahap begitu, tetapi kita mesti ke arah itu.

Contoh : Saya sendiri berada di ketiga posisi dan semua partner pun dalam ketiga tiga posisi juga. Dalam Saudagar Alif, tetapi apabila dalam mesyuarat, saya akan mulakan dengan “Ini adalah mesyuarat pengurusan syarikat, ini adalah mesyuarat ALP, ini adalah perjumpaan pemegang saham”.

Bila kita bergaduh hal kerja, bermakna kita ada isu sebagai pekerja, jawapan akhirnya ialah letak jawatan.

Bila kita bergaduh sebagai ALP, bermakna kita ada isu polisi syarikat, jawapan akhirnya ialah majoriti menang dan minoriti kalah.

Bila kita bergaduh pasal untung bisnes, bermakna kita ada isu tentang keuntungan atau dividen, jawapan akhir ialah jual sahaja saham.

Jadi, kita sebenarnya bergaduh pada posisi mana? Kebiasaannya yang jadi masalah ialah kita salah watak. Kita gaduh pasal kerja tetapi bawa watak ALP dan pemegang saham.

Itu tidak betul!

Jika tak boleh bekerja bersama. Kita letak sahaja jawatan. Jadi ALP sahaja atau paling akhir, jadi pemegang saham sahaja.

Jadi, bila bergaduh dengan partner, kita sedang pada posisi mana? Fikir betul – betul.

Anda belajar sesuatu daripada artikel ini? Silakan share untuk manfaat bersama.

 

Tulisan asal : Mohd Alif Haiqal

 

Baca Sini : 7 Cara Orang Jepun Urus Syarikat Yang Mengatasi Cara Orang Barat.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.