Bagaimana Cara Menyediakan Penyata Pendapatan Dengan Mudah Untuk Bisnes Anda

Saya bukan graduasi akauntan cuma semasa bekerja dalam dunia korporat yang mana satu ketika dahulu bajet jabatan saya sediakan.

Bila berniaga sendiri, ramai jutawan usahawan Malaysia ketika itu adalah Chartered Accountant. Mereka pandai menguruskan hutang dan mencantikkan Penyata Kewangan.

Apabila kita serahkan 100% kepada akauntan, mereka akan buat secara teknikal. Penat juga bergaduh dengan akauntan bila report card tak keluar seperti yang kita hendak. Sedangkan dalam akaun pun usahawan kena kreatif.

Jadi saya ambil keputusan belajar. Untuk perniagaan sendiri. Pakai excel je pun. Nanti hujung tahun upahlah akauntan bertauliah susun semula akaun yang kita buat itu.

Bab paling seronok bila kena audit, audit tak tahu nak soal dan siasat apa. Semuanya dihujung jari kita. Hanya kongsi akaun dari kaca mata usahawan. Bukan dari sudut teknikal. Hendak belajar teknikal akaun, cari guru yang betul.

Saya fokus creative akaun je (statement ini petang nanti kena delete, akauntan marah). Hehehe

Kenapa hari ini saya buka cerita akaun?

Kerana dahulu kala, 3 tahun pertama berniaga. Saya cuma fokus jualan, jualan, jualan. Rupaya bila mahu mengumpul asset, hendak beli kereta, van, bangunan dan pelbagai, bank tak tengok pun jualan kita.

Mereka nak tengok Report Card kita. Penyata Kewangan itulah report card perniagaan. Hari ini hanya cerita Penyata Pendapatan – bab kecil dari Penyata Kewangan.

Sudah tahu jumlah jualan. Sudah tolak harga kos barang. Itu baru untung kasar. Sudah tahu untung kasar. Sudah tolak semua kos perniagaan. Itu baru untung bersih.

Andai untung bersih kita itu negatif. Itu disebut rugi bersih. Ini kita sebut Penyata Pendapatan. Gunanya untuk kita tahu perniagaan itu untung atau rugi.

Kos Jualan adalah kos belian atau pengeluaran barangan yang dijual. Juga disebut CoGs (Cost of Goods Sales). Kos Perniagaan adalah kos menguruskan perniagaan. Juga disebut Belanja Lain. (other expenses)

Kos Perniagaan meliputi 5 perkara utama. Kos pentadbiran, kos manusia, kos pemasaran, kos kewangan dan Cukai.

Untuk 2017, saya menyasarkan 40% COGS, 60% untung kasar. Dan 50% kos pentadbiran, 3% kos kontigensi serta 7% untung bersih. Tahun 2016? itu kasi akauntan buat. Kita fokus masa hadapan.

1. Kos Pentadbiran

Ia adalah segala kos untuk mentadbir perniagaan kita.

Untuk perniagaan saya, senarai dibawah adalah kos yang dikategorikan sebagai kos pentadbiran. Ada perbelanjaan yang jika dibuat, akan dikenakan cukai. Ada perbelanjaan yang dibuat mendapat pengecualian cukai.

Perkhidmatan (Audit, akauntan, consultant), upah pengarah, sewa ofis, sewa kilang, sewa stor, sewa kenderaan, sewa peralatan, belanja atas jalan (minyak, tol, parking), insuran, penyelenggaraan pejabat, alatan tulis, utilities, road tax.

Belanja diatas itu dikecualikan dari cukai, sementara senarai dibawah pula, akan dikenakan cukai. Renovation, asset depreciation (susut nilai) dan disposal (lupus), denda dan penalti, duti stem, yuran company secretary dan tax agent.

Zakat pula, hanya dikecualikan cukai jika bayar 2.5%. Bayar lebih – lebih, kena cukai.

2. Kos Manusia atau Staf

Ia adalah segala kos untuk mentadbir pengurusan dan peningkatan staf (dan diri sendiri).

Untuk perniagaan saya, senarai dibawah adalah kos yang dikategorikan sebagai kos staf.

Perbelanjaan yang dibuat untuk staf selalunya akan mendapat pengecualian cukai. Untuk semakan terkini, boleh rujuk website LHDN atau minum kopi bersama tax agent.

Antara perbelanjaan untuk staf adalah upah gaji, bayaran caruman epf dan socso, rawatan sakit, uniform, latihan, bonus, makanan minuman di pantri termasuklah belanja makan dan bawa staf pergi bercuti.

Jika baca nota akaun sebelum ini, saya ada sebut bajet untuk Belanja Lain ini peruntukannya adalah 50%. Jumlah peruntukan bergantung kepada kita. Bisnes kita, kita lebih tahu.

Dan sajalah nak kongsi sikit. Sikit saja. Ini bab kreatiflah. Bab ini memang otai liat sikit nak kongsi sebab nanti kena berbalas pantun dengan LHDN pula kan.

Oleh kerana perbelanjaan staf ini banyak cukai boleh dikecualikan, (terutama training), maka dari 50% itu, saya ambil 20% untuk perbelanjaan staf. Dan baki 30% itu baru diagihkan kepada perbelanjaan lain.

Jadi lepas ini janganlah terperanjat bila minum kopi dengan otai, beriya iya mereka nak belanja. Dan lepas ini pergi minum kopi simpan resit ya. Boleh declare bawah perbelanjaan pemasaran. Boleh juga declare bawah perbelanjaan staf (training atau refreshment). Faham ke faham.

3. Kos Pemasaran

Kos ini adalah segala perbelanjaan pemasaran yang digunakan bagi tujuan meningkatkan jualan.

Ia termasuklah promosi dan menyerap segala diskaun dan potongan jualan yang dilakukan.

Pening? Contoh, jika harga jualan produk adalah RM100, dan kita beri potongan RM10. Kita ada pilihan samada hendak merekodkan harga jualan RM100 dan belanja pemasaran RM10, atau terus sahaja rekod harga jualan RM90.

Ini bergantung kepada jenis perniagaan yang kita buat. Bolehlah buat eksperimen mana satu yang lebih baik untuk report card kita.

Untuk pembelian tender, jika kita berjaya mendapat kerja tender tersebut. Perbelanjaan menyediakan tender (termasuk harga beli dokumen tender), boleh dikecualikan dari cukai.

Tetapi jika tender tidak berjaya? Potongan cukai akan dikenakan. Urm. Pandai pandailah ya disini.

Pada posting sebelum ini, saya sebut jika mengopi, boleh saja pilih untuk letak dibawah kos staf atau kos pemasaran.

Perbelanjaan liburan untuk pelanggan akan dikenakan cukai 50%. Bagitau aje. Jangan kata akak tak payung.

4. Kos Kewangan

Kos ini adalah segala belanja yang berkaitan dengan faedah pinjaman, caj – caj bank, gst, transaksi eft.

5. Cukai

Cukai pula adalah cukai yang perniagaan kita bayar untuk transaksi perniagaan tahun lepas. Contoh jika kita membayar cukai 2015 pada Jun 2016, maka jumlah itulah yang akan kelihatan pada bahagian cukai di sini.

Bila sudah dapat bajet tahunan. Barulah kita tahu berapa banyak jualan kita perlu adakan untuk tahun depan.

Dalam bahasa akaun, kita akan sebut suku pertama atau first quarter, itu merujuk pada 4 bulan pertama iaitu Jan hingga April.

Suku pertama, kedua, ketiga dan keempat ini adalah bajet short term dan Keseluruhan tahunan boleh disebut long term. Iya lah ada belanja kita cuma perlu buat setahun sekali, contoh road tax dan insuran kereta.

Sudah ada angka belanja. Susunlah pula angka jualan. Kemudian susun pula rancangan jualan bagaimana. Iya lah. Nak menjual di MAHA pun hanya setahun sekali kan.

Sekian sahaja cerita akaun untuk Penyata Pendapatan.

Selepas ini kita buat cerita Penyata Kewangan. Cerita bab hutang, aset, yang semasa, yang tetap, modal berbayar, sampai aliran tunai. Biar muntah hijau semua.


Tulisan asal : Mahanom Mohammad


Baca Sini : 17 Perkara Yang Usahawan Perlu Tahu Tentang Cukai.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Comments

comments