Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Aktiviti Bina SOP Wajib Untuk Peniaga Newbie

top donate

wanted to became top donate ? TF

Post ini akan jadi sangat panjang. Silakan baca sampai titik akhir.

Saya nak anda semua faham betul-betul. Cara susun SOP mengikut bisnes anda.  Ya…   Setiap bisnes boleh jadi berbeza  SOPnya.. Dan… Jangan terkejut pula bila saya kata. Dalam-SOP-ada-SOP. Nampak macam simple. Tapi, bina SOP perlu teliti. terperinci, dan jelas. Baiklah. Kita fokus.

SOP wajib 1#Pengurusan Stok, Bila disebut stok, jangan salah faham ya. Ini bukan untuk stok produk yang dalam botol, balang, ataupun kotak sahaja. Semua perniagaan ada stok.

 

 Baca Artikel Sebelum : 4 SOP Wajib Untuk Peniaga Newbie

 

Langkah 1

Kalau anda meniaga burger, apa stok anda? Senaraikan terus sekarang.

  •  Sayur
  • Bawang
  • Daging
  • Roti.

Kalau meniaga jamu, apa pula stok anda? Mudah saja.

  • Unit botol jamu
  • Parcel pos laju
  • Buble wrap packaging
  • Cosignment note

Jadi apa yang kita nak tetapkan untuk SOP bahagian ini?  Seterusnya…

  

Langkah 2

Senaraikan pula pecahan kerja apa juga yang melibatkan stok. Nak urus stok kena ambil beberapa faktor kan? Mestilah SOP nya pun ada beberapa pecahan dan proses kerjanya secara menyeluruh. Contoh kerja yang kita boleh senaraikan ;

  • Cara Pengambilan Stok.
  • Cara Pembayaran/Pembelian Stok.
  • Cara Penyimpanan Stok
  • Cara Penjagaan Stok
  • Cara Urus Stok Masuk

Sekarang kita sudah senaraikan pecahan cara-caranya. Boleh terus susun semula prosesnya. Harus ingat ya. SOP ini perjalanan satu proses kerja. Bila namanya proses. Ada mula, ada perkembangan, dan ada akhir. Mari buat latihan. Ambil satu contoh :

sop-stok-1

Contoh Carta Alir Cara Urus Stok Masuk

Tamatlah bahagian SOP Stok Sampai. Lepas ni apa yang perlu buat adalah pecahkan lagi SOP setiap proses kerja yang ada dalam carta ailr tersebut.

  1. Bagaimana nak tentukan barang itu berkualiti atau tidak, baik atau rosak.
  2. Bagaimana nak asingkan stok, letakkan di mana dan macam mana
  3. Bagaimana nak rekod stok, tulis di mana, maklumat apa yang perlu tulis.
  4. Bagaimana nak pulangkan stok, siapa perlu hubungni, bila perlu hubungi
  5. Bagaimana nak Simpan stok di stor, di bahagian mana, susunan macam mana.
  6. Bagaimana ambil refund, kemana perlu dibayar, siapa yang perlu menuntut refund.

Sekarang anda sudah jelas ke? Bagaimana nak bina SOP dan kembangkan SOP.

Dari sini juga anda sudah jelas kenapa SOP “Pengurusan Stok” ini wajib? Jawapannya mudah. Untuk jaga kualiti barang/produk. Dan… Bila kita ambil staff nanti. Tak adalah masalah staff kalut tak tahu nak buat apa, hulurkan SOP yang anda buat tu. Berikan tempoh latihan an jelaskan bahagian mana yang perlu dilaksanakan secara terperinci. 

Kalau ada silap dalam perlaksanaan tugasan. Mudah, kita cek dari SOP. Mana yang dilanggar. Dari situ juga kita boleh tengok jika ia sesuai atau tidak untuk proses kerja dalam bisnes kita. Senang kan kerja kita dah ada SOP ni? Tak perlu dah pening nak ajar staff baru satu persatu.

Betul ke betul? 🙂
Selamat beramal!

 

Baca sini : Bisnes Rugi 30k Kerana Tiada SOP

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.