Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

9 Pengajaran Berkenaan Bisnes Yang Kita Boleh Dapat Daripada Towkay Besar Ini.

top donate

wanted to became top donate ? TF

Hari ni aku pergi mengadap big boss
syarikat yang supply produk kepada beberapa
top MLM company di Malaysia.

Hormat, toleransi dan tahu batasan agama.

Mr Vincent tanya :
Nak minum guna cawan kaca atau guna cawan plastik?

Aku fikir tak kan la mereka nak makan
babi asam pedas dalam cawan kan?

Aku :
I’m okay with this cup.
Just bring me the same drink as yours.

Mr Vincent :
You jangan risau laa. Ini cawan bersih maa!
Bersih suci tak ada itu babi ini dalam cawan maa.

p/s – Orang melayu bab babi ni cukup particular,
bab sembahyang awal waktu macam haramjadah. 😛

Jadi, ini lah antara pengajaran yang aku boleh dapat daripada Mr. Vincent.

 

1. Harga Produk.

 

Newcomers selalu mahu buang harga!
Tak kira Melayu, tak kira Cina, sama saja perangai.
Merosakkan market.

Produk A ini sudah diterima dalam pasaran sebagai
produk premium pada harga RM100 satu unit.
Kenapa perlu jual pada harga RM60?
Suka hati pergi buang RM40 macam tu saja.

Ingat letak harga murah orang nak beli ke?
Tak pasal-pasal nanti sendiri sakit.
Untung tak dapat nak cover hidden cost .

*seterusnya dia ajarkan aku kaedah pricing.

Mengapa sesuatu pricing itu ditetapkan dalam
produk/servis, unjuran jualan dan future market?

Keypoint : Masuk pasaran pada harga yang sudah sedia ada.

Lagi bagus kalau kita naikkan harga lagi.
Bukan pakat buang harga.

Buang harga = Sama-sama mati.

 

2. Skip Pengalaman.

 

“Saya involve dalam bidang ini sudah 10 tahun.
Bermula dari tepi jalan sampai la sekarang ni
bawa masuk 10 kontena setiap bulan”

-Mr Vincent-

Kita tanya sahaja pada orang lama jerih-perih
mereka membangunkan niaga dari tepi jalan,
hingga ke sebuah syarikat besar.

“You sangat untung.
Sebab ada saya, you boleh skip 10 tahun punya cerita.
Apa masalah yang you dapat, saya sudah dapat dulu.”

-Mr Vincent-

Bermentor = Skip masa. (diajar oleh DAO)

Lebih baik kaya ketika muda,
berbanding kaya di penghujung usia.

 

3. Bermula Kecil Dan Sentiasa Upgrade.

 

You mula secara kecil-kecil dulu.
Cari market dulu. Dari situ baru kita upgrade!

Jika mahu upgrade, harga mesti perlu betul.
Macam mana mahu cari modal nak upgrade kita punya produk?

Kalau produk tak laku?
Rugi sikit saja, kita mula dari kecil.

Tak mengapa mula dari kecil – Jualan 10 unit sehari.
Tapi, matlamat harus besar – Set 10 kontena 30 hari.

Semakin membesar segmen pelanggan kita,
produk kita juga mesti selari.

Nak membesar?
Jangan usik duit untung syarikat.

 

4. Berusaha Menaikkan Volume.

 

You jangan pecah kepala mau pergi juai sama customer.
You pergi cari Big Boss yang ada banyak rangkaian kedai.
Jual sama dia saja.

-Mr Vincent-

Kita fokus cari volume.
Untung sikit tak apa.
Janji dapat duit cepat.

Sikit + Cepat = Banyak!

Jual terus pada pelanggan memang untung besar,
tapi kita lambat berkembang.

Kita jual direct terus kepada Business to Business.

Selingan :
Dalam jualan produk consumer kepada mass market,
sektor yang paling untung adalah Advertising Platform.

TV, Radio, Majalah adalah yang paling untung.
Semua duit untung daripada kita akan
kita gunakan untuk bayar pada mereka.
Betul tak ?

Dia punya caj sangat mahal woooo!

 

5. Ramal Masa Hadapan.

 

GST telah pon diaplikasikan pada April 2015.
Kebanyakkan syarikat-syarikat cina sudah prepare
lebih awal daripada tarikh GST dilancarkan.

Kebanyakkan mereka sudah menaikkan harga jualan
pada ketika ini.

Masa GST mula dilancarkan, kita nampak mereka tak naikkan harga.
Sebenarnya sudah dinaikkan sedikit demi sedikit
pada ketika sebelum GST dilancarkan lagi.

Mahu percaya TV (kerajaan) atau mahu percaya market?
Kerajaan kata harga tak naik, makin kurang.
Sekarang macam mana?

 

6. Perlu Ada Visi.

 

Dato’ syarikat MLM itu ada call saya.
Dia mahu harga bawah daripada RMxx.
tapi saya kasi tau ini punya produk material dia tak sama.
Dia lagi mau tekan harga maa.

-Mr Vincent-

Cina atau Melayu, sama ja perangai meniaga.
Cina menipu? Melayu pun banyak menipu.

Cina tekan harga?
Melayu pon ramai juga.

Melayu bankrap tutup kedai?
Bersepah-sepah juga Cina tutup kedai.

Cina kaya? Melayu pun ada yang kaya.
Melayu makan gaji? Cina pun ada makan gaji.

Jadi, apa yang berbezanya?
Kesedaran.

How their vision towards BUSINESS.

 

7. Segmen Pemasaran.

 

Sebelum ingin menembus masuk mana-mana market,
sentiasa buat kajian dengan siapa yang sudah involve dalam niche itu.
Apa permainan mereka? Apa jenis padang mereka?

Always seek a war that you can win!

Bodohlah kalau pergi berperang dengan Big Boys.
Kita ada pisau rambo – Big Boys ada Apache.

Mr Vincent ambik semua sample produk pesaing-pesaingnya.
Teliti semua aspek produk syarikat pesaing,
Analisis game mereka dan selepas itu baru masuk ke pasaran.

 

8. Sentiasa Tenang.

 

Nak mencapai ketenangan dalam business?
“Always seek for God path.”

Kita ada kepercayaan dengan agama Islam.
Orang cina juga ada kepercayaan mereka juga. (Buddha)

– Ada tokong sembahyang dalam office dia.
– Di luar bilik dia, ada kertas sembahyang hantu yang banyak.
– Kat depan office dia, dia pacak colok-colok besar tu.

Sumber : Faiz Sufi
Sumber : Faiz Sufi

 

9. Jangan Mudah Berpuas Hati.

 

Aku :
Bos meniaga sudah 10 tahun mesti sudah Kaya!

Mr Vincent :
Haiyaa, mana ada kaya lagi.
Kawan saya buat sales RM6juta sebulan.
Ada seorang lagi kawan sales dia RM15juta.

Kita mesti mahu jadi kaya.
Sudah jadi kaya, kita nak lebih kaya lagi.
Baru kita kuat!

 

Dulu aku terkebil-kebil bila Puan Ainon Mohd (Chairman PTS) berkata :

“Gossip orang business lebih laju daripada gossip artis.”

Hari ini baru aku faham.

Dapat berita jatuh dalam telinga :
– Sales sebulan sebuah syarikat MLM 1st = RM60juta
– Sales 2nd top syarikat MLM = RM35juta
– Produk terbaru yang akan dibawakan oleh syarikat-syarikat MLM ini.
– Apakah game yang dibuat oleh syarikat cina.
– Sumber dari mana datangnya produk-produk tertentu.

Pesanan orang lama :
“Good product itself is the best advertising.”

Produk yang berkualiti dan bagus, akan kekal lama dalam pasaran.
Produk kelepet, bertahan sekejap je lah.

Mengapa Nabi Muhammad success dalam trading business ?
i) Al Amin.
ii) Siddiq – Berkata benar.
iii) Amanah – Boleh dipercayai.

Nak meniaga tipu?
Untung sekejap je lah.

Di dunia pun hidup dalam risau,
Akhirat lagilah sasau.

 

Jika ditelusuri, banyak kata-kata nasihat oleh
orang-orang lama (Gen X) kebanyakkan
adalah berkisar dalam konteks yang sama.

Tokey melayu nasihat begitu,
Tokey cina pun nasihat begitu.

Persoalannya adalah :
Adakah aku ambil nasihat mereka dan laksanakan dalam perniagaan aku?

Jika artikel ini memberi manfaat kepada diri anda,
jangan lupa share untuk sebarkan manfaat kepada lebih ramai lagi di luar sana.

Tulisan asal : Faiz Sufi

Baca Sini : Pentingnya Leverage Kepada Mereka Yang Mempunyai Bisnes

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.