Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

7 tips sebelum mulakan bisnes. Tips yang ni, makcik bedah yang jual nasik lemak secoet pun boleh apply.

#1 – Pelanggan Dulu.

Wajib kenal pelanggan dahulu. Zaman keluar produk kemudian jual sudah habis. Sekarang zaman kenal pelanggan dulu baru cipta produk. Pelanggan, Pelanggan, Pelanggan dahulu.

#2 – Modal.

Tetapkan berapa modal yang mampu digunakan. Jika anda ada RM10K. Carilah model bisnes yang hanya menggunakan 10% dari modal pokok itu. Sekiranya percubaan pertama tidak menjadi sekurang-kurangnya anda masih ada 10 percubaan lagi.

#3 – Kos.

Kenal pasti Kos yang terlibat. Sekiranya anda memilih untuk menjual nasik lemak ianya masih menggunakan kos.

Setiap hari asingkan duit kos dan duit jualan. Ini langkah asas. Jika ini pun masih tak boleh buatsaya nasihatkan terus bekerja.

7 perkara asas bisnes tak lingkup tukang fikir

#4 – Validate.

Sentiasa membuat VALIDASI pasaran. Validasi pasaran ini sangat penting. Ianya akan membantu kita mengetahui apa yang pasaran mahu kita jual, bukan apa yang kita mahu jual pada pasaran.

#5 – Mentor.

Sentiasa ikut mentor. Jika anda jual nasik lemak. Carilah mentor di kalangan peniaga nasik lemak Juga. Ingat mentor bukan di ukur dari berapa pandai atau berapa kaya. Mentor ini sepatutnya orang yang tahu selok belok perniagaan kita.

#6 – Gaji.

Kira dahulu berapa mahu ambil gaji. Kalau niat nak berbisnes pun kenalah bijak sikit. sekurang-kurangnya buat persiapan sedikit.

Jika bisnes sekarang tidak mampu memberi kita gaji atau pendapatan secara konsisten dengan perbelanjaan sekarang, buatlah part time dahulu. Lagipun mana ada cara mudah jadi kaya selain menjadi anak raja…. Kan kan kan.

#7 – Berdoa.

Berdoa pada ALLAH. Mintak Allah bukakan jalan dan permudahkan segala urusan kita. Jangan lupa minta restu dari semua orang. Paling penting ibu bapa kita. Mereka ini keramat hidup yang wajib dimuliakan. Redha Allah dari redha mereka.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments