Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

7 Cara Efektif Untuk Cipta ‘Value’ Kepada Bisnes Kita

top donate

wanted to became top donate ? TF

Nampak ‘bernilai’ dimata pelanggan itulah yang kita namakan ‘Value‘.

Saya boleh katakan ia suatu strategi bisnes yang amat berkesan.

Ia juga cara yang digunakan oleh syarikat yang terbukti berjaya berbanding dengan pesaingnya.

Ini tip mudah untuk hasilkan Value dalam bisnes kita :

1. Fikirkan dari sudut pandangan pelanggan kita. Tetapkan dalam mindset, “Pelanggan aku suka tak kalau aku ada ini berbanding pesaing?”

2. Buat kajian secara serius. Kebanyakan syarikat besar banyak buat kajian tentang respon pelanggan tentang satu idea atau produk baru. Kenapa syarikat kecil kita tidak boleh buat juga?

3. Senaraikan Value tersebut. Susun ikut keutamaan yang boleh meningkatkan jualan dan kita tidak perlu bersungguh – sungguh dalam bersaing harga.

4. Uji dalam skala kecil. Adakah pelanggan sanggup beli? Adakah bilangan yang nak beli ini ramai. Kaji lagi. KPI kami, 5 daripada 10 orang, sanggup membelinya.

5. Design-kan sistem untuk dapat ‘profit‘ yang lebih baik. Semua aktiviti marketing, sales, training, cara menjual, cara closed dan banyak lagi, perlu diteliti. Bertulis dan ditambahbaik dari masa ke masa.

6. Tambah Value sampingan. Contohnya dalam menjual, kita guna konsep membina hubungan dahulu secara empati. Lebih banyak dapat dijual dalam setahun.

7. Perlu ingat ini, Value yang kita cipta tidak akan bertahan selama – lamanya. Jika pesaing telah cuba meniru, ia bukan lagi sesuatu yang unik. Perbaiki atau cipta Value yang baru! Wujudkan R&D.

Bila kita tahu makna Value apa yang dipandang oleh pelanggan, kita akan lebih berjaya membina kejayaan syarikat.

Value yang dicipta atau dibawa, bukan sebagai hiasan untuk menunjukkan syarikat kita ini hebat.”

“Tetapi ia fokus kepada hasil pendapatan dan keuntungan yang lebih baik untuk syarikat.”

Jom cari Value syarikat kita!

 

Tulisan asal,
Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.

 

Baca Sini : 5 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Oleh Usahawan Amatur Tanpa Sedar.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.