5 Tips Penting Sebelum Anda Mula Berniaga Dengan Menyewa Premis

Nah, kami telah pun dapat sepucuk surat yang mengatakan butik di Bangi telah bertukar tuan dan tuan yang baru mahu guna ruang butik kami sekarang. Maknanya? Kami haruslah keluar sebelum hujung bulan depan mencari tapak baru.

Jadi apa yang kami perlu buat? Tidaklah saya teriak menyalahkan takdir. Bukan itu cara seorang rockers. Bukan juga dengan berak merata di kedai tersebut dan mengharapkan tuan baru itu bengang. Itu perangai orang gila.

Ini ialah dunia perniagaan. Ini ialah resam. Perkara ini setiap peniaga perlu tahu dan sentiasa bersedia.

Pengajaran yang kita boleh ambil ialah :

1. Jangan Terlalu Selesa

Walaupun kita ada butik, belum tentu kita akan selesa sampai ke sudah. Banyak kemungkinan yang kadang tak terfikir langsung oleh kita boleh terjadi. Seperti kejadian yang kami alami ini, walaupun kami dah siasat latar belakang tuan kedai sebelum sewa dulu bagi mengelak benda ini berlaku, ia tetap berlaku. Siapa boleh jangka ye dak? Allah kata pindah, kita pindah.

2. Kawal Perbelanjaan

Semasa sewa, janganlah kita sedap ya amat renovate kedai tu sampai daripada kedai bertukar jadi kapal selam contohnya. Belanja sudahlah besar, tolak tax ciput pula, kena pula pindah, memang teriaklah. Teriak sebab teringat modal renovate yang lalu satu hal, teriak sebab kena keluar lagi modal untuk jadikan kedai sedia asal. Teriak tepi bucu katil lah seminggu!

3. Teliti Surat Perjanjian

Sebelum kita ingin mula menyewa tapak bazaar atau tapak lot vendor atau premis kedai, kita mesti perhati sehabis baik agreement form dari tuan tanah.

Baca dengan teliti dan kaji supaya apa yang boleh diubah boleh kita ubah mengikut kesesuaian dan juga jaminan kita di masa hadapan. Ubah? Ya, ramai fikir yang agreement form tak boleh diubah, sebenarnya boleh jika kita faham sistem sewa dengan betul.

Paling sedap kalau kita ada peguam daripada syarikat kita untuk bantu ‘justifyagreement form itu sebelum kita sedap tanda tangan. Mana ada duit nak upah peguam? Itulah kita ni kena hidup bermasyarakat, kalau ada kawan-kawan yang peguam mintalah panndangan atau bantuan erba sikit.

4. Kenaikan Sewa Yang Drastik

Kena ingat yang agreement form hanya akan bertahan selama 3 tahun paling kuat dan kebiasaannya hanya selama 2 tahun sahaja. Selepas tamat kita perlu faham yang kebarangkalian sewa akan naik amat tinggi mengikut corak atau rate semasa sewaan di tempat itu.

Kalau masa kita sewa tempat itu kuat sungguh bunyi gagak dan cengkerik dan selepas 2 tahun kawasan itu maju dengan jayanya, sewa pasti akan naik sesedap 30% atau kadang-kadang boleh jadi 80% mengikut hawa nafsu tuan tanah itu. Inilah sifat-sifat property investor ya tuan puan. Kena faham cara mereka berniaga.

Hasil jualan pun kenalah ada perubahan selepas 2 tahun itu untuk boleh kita tampung kadar sewa yang tinggi. Jika hasil jualan kita masih sama atau makin menurun, benda ini bakal menjerut dan akan menyebabkan kita histeria tak kira waktu.

Kesudahannya? Kita akan dibawa kesudut yang tirus dan pilihan menjadi sempit iaituatu dengan perniagaan kia dengan segera.

5. Hati Mesti Mau Kental

Kena ingat, ini juga salah satu bentuk persaingan. Setiap peniaga kena memiliki hati yang liat dan keras macam Selipar Jepun. Perlu memiliki daya akal yang tajam dan rasional.

Kita juga perlu menaruh sepenuh kepercayaan bahawa Allah itu sebaik-baik perancang. Kita rasa sudah ok kerana punya perancangan, ingatlah yang dia juga lebih hebat merancang.

calaqisya.com
calaqisya.com

Jadi nak buat apa ni? Tujuan kena capai juga. Matlamat kena sampai. Itu sifat yang perlu ada dalam setiap usahawan atau peniaga. Reverse tidak sekali kali ada dalam kamus jiwa rockers kami. Selagi ada hayat, seorang peniaga kena teruskan berniaga, sebab apa?

Allah dah bagi kita pintu berniaga bermakna Allah tahu kita boleh berniaga, jadi ujian-ujian itu supaya kita tak lupa diri dan tahu untuk kembali menyerah diri kepada Dia. Sekuat mana ujian yang kita kena, pastinya itu masih dalam keupayaan kita untuk hadap. Jangan risau, Allah dah janji.

Ya, memang ada rasa sedih sikit dan terkilan bila ingat balik CalaQisya adalah diantara butik terawal yang mula masuk dekat area Bangi Sentral sebelum kawasan tu jadi brand booming. We are glad and we hope that by any chance CalaQisya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada naiknya trend di kawasan itu, alhamdulillah.

Kita kini di zaman yang sungguh mencabar dan sangat berdaya saing. “Survival among the riches”. Jadi untuk masa ini, kami tak berani untuk ambil risiko yang tinggi untuk pindah dan buka new boutique di area situ (dah spend duit, suddenly kedai kena jual pula lagi memang teriak tak sudah) walaupun ada beberapa pilihan yang sedap untuk kami bertahan di Bangi. GST payment is also just around the corner. Jadi nangislah kalau nak spend amaun yang banyak untuk masa sekarang.

Jadi secara rasminya, CalaQisya tidak akan ada di kawasan Bangi lagi sehinggalah Allah beri kami rezeki lagi. Doakan kami, #calaqueens. Jangan lupa untuk lawati website kami di www.calaqisya.com

Itulah kata-kata hikmat “dipijak pijak tak akan mati”.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk perniagaan anda. Silakan SHARE jika bermanfaat.

Tulisan asal oleh : Hazwan Faiz


BACA LAGI12 Panduan Kepada Anda Yang Baru Nak Mula Buat Bisnes


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Comments

comments