Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Nak Ikat Perut? Boleh ke?

Kita bolehlah, isteri dan anak macam mana? Benar sekali, kalau kita ikat perut sebenarnya anak dan isteri kena sertai sekali.

Tips 1 : Sentiasa Jujur Dengan Diri Sendiri

Selalu tanya diri kita, apa yang kita mahu itu sebenarnya kemahuan atau keperluan. Jangan beli sebarang benda yang bukan keperluan. Tahan dulu dan berikan masa kepada diri anda belajar.

Contoh jika sehari 5 kali minum setarbak kurangkan kadarnya perlahan – lahan. Sehari tiga kali, kemudia dua kali, kemudian kurang dan terus kurangkan.

Tips 2 : Sentiasa Jujur Dengan Pasangan

Jangan bohong, jika ada katakan ada. Jika tiada katakan tiada. Kadang kala pasangan kita ini tidak faham tentang istilah bisnes ikat perut.

Jadi terangkan kepada mereka. Minta mereka berikan kita masa dan minta mereka sentiasa menyokong kita.

Dalam bisnes, sokongan wang adalah perkara ke 17 juta untuk difikirkan. Sokongan moral adalah perkara paling ampuh untuk diberi.

Tips 3 : Sentiasa Realistik

Janganlah komitmen anda sebulan 3000 anda nak kecilkan jadi 1000. Patut – patut lah kalau ya pun. Puan Ainon Mohd suruh katanya. Hahahaha. Puan Guru juga yang kena.

Begini,

Susun semula perbelanjaan kita dari A sampai Z. Pengalaman saya dari belanja RM 3000.00 sebulan saya mampu kurangkan sehingga RM 2500 pada penjimatan pertama.

Kurangkan sikit – sikit supaya keluarga kita tidak terkena kejutan budaya Ikat Perut ini.

Tips 4 : Berikan Tempoh Masa Kepada Diri

Kejayaan tidak datang bergolek. Penuh dengan ranjau dan badai yang menakutkan.

Jadi berikan masa kepada diri sendiri. Jangan desak diri sehingga anda burn out. Ini sangat bahaya. Tetapkan satu masa yang realistik. Semua ini perlu diterangkan kepada kumpulan sokongan kita termasuk isteri dan anak-anak.

Banyak masalah berlaku bila kumpulan sokongan tidak faham matalamat kita dan situasi kita, lalu merekalah yang menekan – nekan kita sehingga lumat semangat kita.

Tips 5 : Istiqamah

Ikat perut bukan sekadar di mulut. IKat perut adalah dari hati dan keinginan yang kuat. Tak semua orang kena ikat perut. Tapi pada yang perlu, percayalah, gagal ikat perut adalah sebab kenapa ramai orang terkandas di tengah jalan.

Jangan peduli orang kutuk kita. Jangan peduli orang kata kita tak berduit. Jangan peduli orang kata kereta kita buruk. Jangan peduli kata – kata kejian dari sesiapa sahaja. Ambil semangat dan motivasi dari orang yang berjaya.


Baca Sini : Ini Sebab Mengapa Pengurusan Cashflow Adalah Sangat Penting Dalam Bisnes.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments