Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Lubang yang kecil jika tidak ditutup boleh menenggelamkan kapal laut yang besar. Begitu juga bisnes dari rumah.

Kesilapan kecil jika tidak di awasi dan perbetulkan pasti mengundang kesilapan yang lebih besar.

Sepanjang lebih 8 tahun, ada beberapa perkara yang CEO nak kongsi supaya kita boleh sama – sama boleh bertindak dengan mempunyai kefahaman yang betul.

Boleh CEO kongsi 5 perkara dahulu? Perbaiki 5 Kesilapan Ini.

1. Nak Untung Lebih

Ramai Usahawan seronok jika pelanggan yang baru membeli produk kita tapi terlupa nak added value dalam urusan ini. Serah produk tanpa bungkusan yang berkualiti.

Hanya guna plastik yang biasa, nipis dan murah. Usahawan ini tidak bersedia.
Masa serahan secara Cod adalah peluang terbaik untuk bina hubungan.

Paling malang, langsung tidak ada bungkusan disertakan. Serah produk, terima bayaran & blah.

Usahawan ini anggap,pelanggan tidak kisah. Ya, memang mereka tidak kisah untuk berurusan lagi di masa hadapan.

2. Tidak Sediakan Duit Kecil

Pernah alami ini. Kita di tanya semula setelah kita membuat bayaran.

‘ Tuan ada duit kecil? ‘

Tugas sediakan duit terletak di bahu Usahawan. Bukan pelanggan. Sentiasa sediakan duit tukar. Takde. Pergi bank tukar. Mudah tapi menyusahkan orang lain.

3. Tiada Kad Nama

Kad bisnes adalah duta kecil kita. Ianya sangat murah dan mesti ada di bawa bersama. Letak lebih di kenderaan dan beg. Walaupun bisnes kecil, tapi name card biar yang berkualiti.

Buat kelainan sikit. Letak gambar kita sendiri di ruang kad tersebut. Apabila pelanggan lihat, mereka pasti ingat kita. Cuba kita lihat name card Usahawan lain yang kita terima. Pasti kita cepat ingat wajah Usahawan tersebut.

4. Tidak Ada Resit

Usahawan takut nak keluarkan bajet untuk resit rasmi. Mereka rela beli resit kosong di kedai mamak dan chop sahaja kat resit. Ini pun ok daripada tidak ada langsung.

Walaupun bisnes kecil tapi mesti ada resit rasmi yang berwarna. Tindakan ini menunjukkan seolah – olah perniagaan kita ini besar walaupun hakikatnya kita bisnes secara solo dari rumah.

Jika kita ada kelebihan ini, pesaing sudah tertinggal setapak di belakang.

5. Pakai Selipar

Pernah jumpa Usahawan yang berselipar hantar produk kepada pelanggan?

Ini menunjukkan mereka masih amatur. Jangan ikut sikap ini. Kita mesti berkasut yang bersih. Penampilan mesti kemas.

Kuku kaki mesti potong setiap 10 hari. Pelanggan yang eksklusif memandang ini. Pakai kasut yang sesuai dan selesa bila ada temu janji dengan pelanggan.

Jika tak biasa, biasakan. Ini bukan untuk kita tetapi untuk pelanggan. Mereka suka, duit mereka menjadi duit kita tetapi mereka rela dan gembira.

Sedikit ilmu untuk di kongsi bersama. Semoga memberi manfaat. In Shaa ALLAH. Aamin.


Tulisan asal,
CEO Samad Kinto
Pakar Bisnes Dari Rumah.


Baca Sini : Jual Air Tepi Jalan Pon Boleh Kaya Jika Dilakukan Dengan Cara Yang Betul.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments