Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

4 Sikap Dato’ Lee Chong Wei Yang Kita Boleh Contohi Dalam Bisnes

top donate

wanted to became top donate ? TF

Pemain badminton nombor satu negara, Dato’ Lee Chong Wei gagal memenangi pingat emas di temasya Olimpik Rio semalam, namun bagi rakyat Malaysia, beliau sebenarnya berjaya menghadiahkan kemenangan tidak ternilai kepada hati kita semua.

Bukan kemenangan pingat yang lebih penting tetapi semangat juang yang ditunjukkan oleh Chong Wei melalui sukan badminton berjaya menyatukan hati dan melahirkan perasaan bangga kita sebagai rakyat Malaysia.

Sikap Chong Wei yang begitu merendah diri dengan meminta maaf terhadap semua rakyat Malaysia kerana tidak berjaya membawa pulang pingat emas yang diidam-idamkan patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat.

Buat kali ketiga Dato’ Lee Chong Wei berdiri di atas podium sebelah kanan di temasya Olimpik Rio 2016.
Buat kali ketiga beliau tewas di gelanggang akhir olimpik dan buat kali ketiga kita terpaksa menunggu untuk kesekian kalinya bagi emas pertama malaysia di sukan olimpik.

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Lee Chong Wei.
Walaupun tidak bergelar juara di Olimpik,
anda tetap seorang idola di hati rakyat Malaysia.

Sikap dan semangat beliau wajib diserap ke dalam diri kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Jadi apakah kaitan yang boleh kita pelajari daripada semangat sukan Dato’ Lee Chong Wei untuk kita contohi bagi mengemudi bisnes?

Sentiasa Positif

utusan.com.my
utusan.com.my

Bersemangat

singaporebuzzblog7.blogspot.com
singaporebuzzblog7.blogspot.com

Optimis

mynewshub.cc
mynewshub.cc

Tidak Mudah Putus Asa

scmp.com
scmp.com

Dari beberapa siri kecederaan yang serius sehingga memaksa beliau berehat dari beberapa kejohanan besar Dato’ Lee Chong Wei tidak pernah berputus asa.

Pernah diuji dengan kegagalan ujian dadah Dexamethasone.
Ternyata semangat beliau bukan mudah untuk dipatahkan.
Setelah dibuktikan tidak bersalah, beliau bangkit membuktikan bahawa diri beliau adalah ikon sebenar sukan dan idola seluruh Malaysia.

Dato’ Lee Chong Wei adalah seorang idola dalam sukan badminton, tapi pelajari semangat dan kesungguhannya sebagai inspirasi dan motivasi dalam mencipta kejayaan diri kita – dalam kerjaya dan hidup.

Syabas dato’, semoga semangat dato’ dapat kami serap dalam meneruskan perjalanan yang penuh onak dan duri di dalam perniagaan.

Dato’ Lee Chong Wei, anda tetap HERO kami.

Silakan share untuk inspirasi rakan-rakan bisnes yang berada diluar sana.

.

Baca Sini : Penting! 7 Adab Bagi Mereka Yang Ingin Mencari ‘Business Partner’

.

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir