4 Jenis Duit Keluar Masuk Yang Anda Perlu Tahu Dalam Bisnes

Pentingnya untuk anda tahu jenis duit keluar dan masuk syarikat supaya mudah untuk anda uruskannya.

Masih ramai peniaga mengabaikan perkara ini sehingga mengakibat kebocoran wang. Adalah sangat penting untuk menguruskan kewangan anda daripada permulaan bisnes.

Perlu tahu, duit masuk syarikat adalah sumber dari hasil jualan yang masuk ke dalam perniagaan anda. Hasil jualan adalah berbeza daripada hasil keuntungan.

Manakala duit keluar syarikat pula adalah duit masuk yang dibelanjakan untuk sebarang tanggungan, modal atau kos perniagaan.

Biasanya, ia adalah bahan mentah, kos sewa, gaji pekerja dan lain lain yang dibawah tanggungan syarikat.

anysidayu.blogspot.com
anysidayu.blogspot.com

Ada dua jenis jualan dan belian dalam perniagaan. Sama ada secara tunai atau . Saya senaraikan 4 kategori keluar masuk duit.

1. Akaun Jualan Tunai

Jualan tunai sangat mudah untuk kita kenalpasti dan pantau. Sebarang jualan dalam bentuk wang kertas atau sebarang bentuk pembayaran yang dibuat waktu pembelian adalah jualan secara tunai.

Pastikan tarikh, jenis produk dan bayaran yang diterima mesti direkodkan dengan tepat.

Sebelum ‘tutup kedai’, semak jumlah duit dalam peti duit samada jumlahnya sama atau tidak dengan rekod jualan ini.

2. Akaun Jualan Hutang

Jualan secara hutang adalah jualan yang melibatkan pihak ke tiga. Contoh paling mudah adalah, jualan melalui kredit, LO payment, invoice ataupun payment system seperti paypal pay88, atau senang pay.

Ini adalah erana kita perlu menunggu sesuatu tempoh masa dan melalui beberapa proses untuk mendapatkan hasil jualan kita.

Pastikan tarikh, jenis produk, harga, tarikh akan di bayar, nama, alamat, nombor telefon, dan tandatangan si penghutang mesti jelas tertera.

Boleh juga dibuat pada buku resit tetapi resit jangan diberi terlebih dahulu sehingga bayaran selesai.

3. Akaun Belian Tunai

Apa-apa sahaja pembelian bahan untuk syarikat yang dibayar waktu pembelian.

Pastikan tarikh, jenis belian, harga dan nama pembekal dicatat.

Tiada duit tunai yang keluar dari peti duit boleh terkecuali daripada rekod ini

4. Akaun Belian Hutang

Belian secara hutang ni adalah apa sahaja belian bahan mentah atau pembayaran secara kredit.

Apa yang kita boleh pelajari ialah, 4 perkara ini hendaklah direkod di dalam buku secara bulanan. Belanja sedikit untuk membeli 4 buah buku untuk memastikan kewangan anda licin sehingga akan datang.

Pastikan tarikh, jenis belian, harga, pembekal dan tarikh akan dibayar direkodkan dengan jelas.

Tandakan setiap bayaran yang telah dibuat berdasarkan tempoh kredit yang dibenarkan. Ini penting supaya pembekal percaya dengan kita

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk perniagaan anda. Silakan SHARE jika bermanfaat.

 

BACA LAGINasihat Pengurusan Kewangan Bisnes Cara Paling Basic

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Comments

comments