3 Sebab Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Daftar Sdn. Bhd.

Ramai orang masih gagal faham kenapa Sdn. Bhd. sangat penting. Jadi, Tukang Fikir senaraikan 3 sebab WAJIB upgrade kepada Sdn Bhd.

Sebab 1 – Lesen Enterprise BUKAN Syarikat

Beza berniaga dan bersyarikat. Berniaga tak perlu fikir nak ada staff. Nak untung juta-juta. Nak beli hartanah dan segala macam lagi. Jika ada terdetik di minda anda mahukan sebegitu, maka anda perlu bersyarikat.

Kerana bank dan banyak agensi kewangan tidak pandang pada kewangan entreprise kerana ianya tidak dilindungi, berisiko tinggi dan terdedah dengan risiko kecurangan.

Sebab 2 – Kalau anda MATI

Kalau anda mati perniagaan anda mati akaun anda juga mati. Tak kiralah berapa juta dalam akaun anda. Takkan ada satu orang manusia pun yang boleh ambil alih perniagaan anda dan duit itu.

Duit itu tak dapat dikeluarkan untuk membayar perbelanjaan isteri dan anak-anak tidak boleh digunakan membayar gaji pekerja, sewa kedai, utilitis, pembekal dan lain-lain.

Ini kerana tiada sesiapa yang berhak mengeluarkan duit itu selain amanah raya dan hanya akan sampai (itupun kalau sampai) kepada waris selepas proses yang panjang.

Semua wang perniagaan yang anda bina berpuluh tahun hilang begitu sahaja.

Sebab 3 – Hutang ‘PELIK’

Hutang syarikat lain, hutang peribadi lain.

Enterprise

Ketika Abu Enterprise mengambil bahan mentah bernilai RM100,000 dari pembekal. Beliau yakin bahawa perniagaannya itu akan berjaya.

Malang tidak berbau.

Rumah kedai Abu yang menyimpan bahan mentah bernilai RM100,000 itu telah terbakar hangus.

Kini hidup Abu menderita kerana terpaksa menanggung bebanan hutang kerana hutang lesen perniagaan enterprise wajib ditanggung oleh pemiliknya.

Sendirian Berhad

Ketika Syarikat Abu Sdn. Bhd. mengambil bahan mentah bernilai RM100,000 dari pembekal, beliau yakin bahawa perniagaannya itu akan berjaya.

Malang tidak berbau.

Rumah kedai abu yang menyimpan bahan mentah bernilai RM100,000 itu telah terbakar hangus.

Abu tidak mampu membayar pembekal dan syarikatnya muflis. Abu bersyukur kerana hutang itu tidak ditanggung beliau kerana Akta Syarikat memperuntukan seperti itu.

Nota : Mengikut Akta Syarikat 1965, syarikat sendirian berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham.

Maksudnya jika berlaku penutupan syarikat kerana muflis, pemilik dan aset atau harta pemilik syarikat akan selamat. Hanya harta benda syarikat sahaja yang disita atau ditahan.


BACA LAGI12 Panduan Kepada Anda Yang Baru Nak Mula Buat Bisnes


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Comments

comments