3 Sebab Ini Menggesa Anda Mula Simpan Duit

Masa mula-mula nak menyimpan, saya selalu tunggu duit lebih. Kalau ada lebih baru simpan. Kalau lebih banyak, simpan banyak. Kalau sikit, simpan sikit. Tapi sebenarnya itulah kesilapan pertama bila nak menyimpan. Kalau tunggu duit lebih, alamatnya sampai bila-bila pun tak akan menyimpan. Sampai bila-bila pun tak ada lebih. Masa mula-mula kerja, gaji RM1,600 rasa tak cukup. Tapi bila gaji dah berganda pun masih rasa tak cukup.

Masa dapat hasil bisnes pun sama. Bila dapat hasil, saya senaraikan dulu duit tu nak belanjakan ke mana. Last sekali baru cek berapa lagi baki yang boleh disimpan. Tapi teknik ni memang proven ianya silap. Memang tak akan berbaki pun. Bahkan tak cukup. Akhir sekali baru saya faham prinsip penting bila nak menyimpan;

 businessman-inserting-euro-coin-in-money-box
“Potong dulu, belanjakan selebihnya. Bukan belanja dulu, simpan selebihnya…”

1# Bukan Pendapatan, Tapi Jumlah Simpanan

Sekarang ni, bila dapat hasil bisnes, saya akan potong siap-siap untuk disimpan. Saya target 50% hasil bisnes mesti disimpan. Selebihnya baru boleh buat belanja. Duit gaji bulanan pun sama. 10% mesti bayar diri sendiri dulu – tambahkan simpanan. Selebihnya baru guna untuk bayar orang lain – belanja bulanan. Tapi macam mana nak simpan kalau duit tak cukup? Pengalaman saya, kalau simpan, duit tak cukup. Kalau tak simpan pun, duit tak cukup juga untuk berbelanja! Jadi, lebih baik menyimpan.

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan memang tabiat wajib kalau nak kaya. Bak kata Irfan Khairi, kekayaan bukan berapa banyak income yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan. Lepas amalkan tabiat menyimpan, memang saya rasa duit belanja bulanan tak cukup. Sama macam orang lain juga. Masuk tengah bulan jer, poket mula pokai. Mula la ‘korek’ duit sana sini. Tapi bila kita menyimpan, pokai kita tak sama macam orang lain. Saya selalu istilahkan sebagai “pokai berduit”. Pokai, tapi ada duit.

 

gold-bars-coins-1
Simpan emas salah satu cara berkesan elak kebocoran wang simpanan.

2# Pokai Berduit

Kenapa banyak menyimpan tapi masih pokai? Sebab kita kena disiplinkan diri dalam menyimpan. Duit belanja bulanan kena bajet siap-siap berapa amaun untuk dibelanjakan. Duit simpanan tak boleh disentuh melainkan untuk tujuan khas simpanan. Duit simpanan kecemasan tak boleh disentuh, melainkan untuk kecemasan. Duit simpanan untuk bisnes, tak boleh disentuh melainkan untuk bisnes. Itulah prinsipnya. Tapi kalau sentuh juga duit tu, maksud kita dah “pecah amanah” pada kewangan sendiri! Hukumannya ialah lambat kaya!

Ada seorang multi-millionaire yang saya kenal bulan lepas; pakai sempoi jer macam ‘tukang kebun’. Naik kereta ke sana ke mari pakai Honda Accord tahun 1990-an. Duduk rumah setinggan. Tapi aset dia puluhan juta! (Itu baru nama zuhud). Kalau bab sedekah, memang dia tak berkira. Tapi kalau untuk diri sendiri, memang berkira sangat supaya jangan sampai duit terbocor kepada benda yang tak perlu. Setiap sen duit dibelanja mesti dia rekod. Resit beli di 7-Eleven pun dia rekod! MasyaAllah…

 

3# Gaya Hidup Golongan “Cash Rich”

Memang patutlah dia kaya raya. Dia memang berdisiplin dalam berbelanja. Sangat berhati-hati takut duit terbocor kepada yang sia-sia. Kesilapan ramai daripada kita, penat pagi petang cari duit, tapi lupa duit yang kita cari terbocor pada belanja yang entah ke mana.

mark-bergPengasas facebook Mark Zuckerberg cuma pakai kereta Honda bernilai USD20,629 (RM63,131)
walaupun kekayaannya bernilai USD15.86 billion.

Dah dekat 3 tahun saya terlibat jual beli emas. Saya berpeluang berjumpa ramai orang yang “cash rich”, banyak simpanan tunai. Saya perhati, orang “cash rich” ni kebanyakkannya jenis low profile. Pakai kereta biasa jer. Hidup macam orang biasa jer. Hidup tak nampak bergaya. Agak cermat bila berbelanja. Tapi duit simpanan cukup untuk dia tidur lena. Bak kata orang, letak kepala jer terus lena… Peace of mind. InsyaAllah.

 

Tulisan asal,
Mohd Zulkifli Shafie 

 

Baca Lagi : Jangan Trade In Kereta Habis Bayar Selagi Anda Belum Baca Artikel Ini

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya santai.

 

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Comments

comments