3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan

Salah satu kriteria mereka yang kaya adalah tabiat menyimpan yang konsisten.
Maka kita perlu ada strategi untuk membina tabiat menyimpan yang konsisten ini.

Berikut adalah 3 cara yang berkesan untuk kita belajar menyimpan dengan konsisten:

1) Menyimpan Sebelum Belanja dengan Fungsi Standing Instruction. (Menggunakan Bank Online)
2) Menyimpan Semasa Belanja dengan teknik Sayang Hijau.
3) Menyimpan Selepas Belanja dengan teknik Cukai Seringgit.

Itu adalah 3 cara yang boleh kita gunakan.
Tiga cara ini sangat bagus jika diamalkan serentak.
Jika tidak, kita boleh bermula dengan mana-mana cara yang dirasakan sesuai.

Berikut adalah penerangan ringkas untuk setiap teknik tersebut:

Teknik Standing Instruction

Teknik ini memerlukan dua syarat iaitu:-
1) Kita sudah ada akaun Tabung Haji.
2) Kita ada bank online untuk akaun gaji kita.

Teknik ini sangat mudah.
‘Standing Instruction’ adalah jargon bank yang memberi maksud ‘Arahan Automatik’.
Ia membolehkan kita menetapkan bank untuk masukkan
jumlah RM tertentu pada tarikh tertentu ke akaun tertentu.

Dengan fungsi itu, kita boleh tetapkan yang bank online kita
akan automatik transfer-kan RM300 ke akaun tabung haji setiap 1 haribulan.

Itu kalau gaji kita masuk pada hujung bulan sebagai contoh.

Maka dengan ini, kita boleh berbelanja habis semua baki akaun
dalam bank tanpa risau setiap masa untuk berjimat-jimat demi simpanan.

Teknik Sayang Hijau

Teknik ini sudah diketahui ramai.
Secara ringkasnya, kita PERLU simpan semua not RM 5 (yang berwarna hijau)
yang kita dapat sebagai baki bayaran di kedai.

Not RM 5 tersebut tidak boleh dibelanjakan.

Simpan helaian RM 5 dalam satu bekas
yang tidak mungkin dibuka (botol air gas contohnya).

Apabila sudah penuh, seluruh jumlah si hijau tadi
harus dimasukkan dalam akaun simpanan Tabung Haji kita.

Jika mahu lebih mudah, pastikan setiap not RM5 yang kita terima kita tidak masukkan dalam dompet,
tetapi di simpan dalam poket seluar/beg sehingga kita sampai ke rumah untuk ditabungkan.

Bagaimana jika kita sudah tiada cash lain?
Pergi ATM dan keluarkan duit baru. Apa susah.

pastelawesome.blogspot.com
pastelawesome.blogspot.com

Teknik Cukai Seringgit

Teknik ini memerlukan disiplin yang tinggi.
Namun, dengan nilai RM1, ia menjadi lebih mudah.

Tekniknya adalah seperti berikut :
Setiap kali setelah kita membayar sesuatu di kedai,
kita perlu asingkan RM1 dan letak dalam poket
bersama-sama dengan si hijau dalam teknik sebelum ini.

Ia ibarat cukai RM1 untuk setiap transaksi jual beli kita.

Berbeza dengan GST, cukai RM1 ini akan dikumpulkan
dan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji kita.
Bukan dalam akaun kerajaan mahupun akaun pekedai.

Setiap malam, masukkan not RM1 dan not RM5
yang telah kita kumpul sepanjang hari ke dalam tabung.

Apabila tabung penuh dan tidak boleh disumbat lagi,
masukkan kesemuanya dalam akaun Tabung Haji kita.


Semua teknik di atas memang seronok dibaca dan dihadam,
namun sangat pedih bila mahu amalkan buat pertama kali.

Tetapi ia menjadi lebih seronok apabila hujung bulan
kita lihat akaun simpanan Tabung Haji kita semakin meningkat.

Yang paling seronok, apabila sudah setahun kita amalkan 3 teknik di atas,
kita sudah cukup modal untuk belajar berniaga atau melabur pula.

Dengan ini, kita sudah mula mengorak langkah
dari kotak Employee ke kotak Busines Owner atau Investor.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan lebih banyak info-info berkaitan bisnes kewangan di Nota Bisnes Izwan Robotys.


Tulisan asal : Tuan Izwan Robotys



Baca Sini : Beli Kereta Atau Beli Rumah Dahulu? Lelaki Ini Mempunyai Pandangan Yang Tersendiri.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Comments

comments