16 Petua Menggunakan Media Sosial

Dunia hari ini menyaksikan teknologi semakin berkembang pesat.

Sebagai orang bisnes, ketinggalan dalam hal-hal begini akan membuatkan kita terus tertinggal jauh di belakang. Dunia hari ini lebih mudah, jimat dan pantas menggunakan media sosial.

Saya kongsikan beberapa tips ini untuk Tuan,

1. Mulai hari ini, gunakan nama dan gambar profail yang menujukkan kita itu seorang manusia

2. Kemaskini bahagian info pada ruang profail untuk memberi sedikit sebanyak maklumat yang memenuhi keperluan masing-masing.

3. Update posting-posting yang bermanfaat untuk menyejukkan mata orang lain yang membaca.

marketingland.com
marketingland.com

4. Usah sesekali menyentuh isu-isu sensitif di laman sosial. Biar gigil tangan, biar berpeluh dahi. Tahan dan lupakan.

5. Menulis maklumat di waktu puncak secara konsisten. Pagi, tengahari, petang dan malam. 

6. Selang selikan info serius dengan update post-post yang santai dan tidak terlalu serius. 

7. Gunakan ejaan penuh dalam setiap posting kita. Cuba elakkan menggunakan perkataan singkatan. Berlatih untuk melakukan ini perlahan-lahan.

8. Kongsi manfaat produka tau perkhidmatan kita secara santai. Usah terlalu menjual.

9. Ambil sedikit usaha untuk like dan membalas setiap komen rakan fb atau follower yang singgah di setiap posting kita. Mereka pasti suka dan rasa dihargai.

10. Jadilah diri sendiri di media sosial, usah berlakon mahu menjadi orang lain.

11. Media sosial pada hari ini sudah menjadi sebahagian gaya hidup manusia. Facebook misalnya, sudah menjadi dunia ke-2 selepas dunia nyata.

12. Tapis rakan-rakan media sosial kita, remove dan block sahaja siapa yang kita suka tanpa perlu belas kasihan. Kita mahu bagaimana, kita tentukan. Ia mempengarhi emosi dan fikiran.

13. Singgah komen, like dan share posting insan yang kita suka. Tonjolkan kehadiran kita di wall mereka. Ini salam perkenalan namanya.

14. Usah terlalu emosi dan mendesak orang lain dengan komen dan mesej di Inbox mereka. Rileks sudah, bukan semua orang menghadap media sosial 24 jam.

15. Usah plagiat posting orang lain sesuka hati. Jika suka, sila minta izin terus dengan orangnya. Si peniru biasanya bakal jadi si penipu.

intrigueme.ca
intrigueme.ca

16. Usah menjadi stalker berniat jahat siang dan malam. Buang masa sahaja. Jadilah stalker yang selalu berniat baik dan mendoakan semua orang.


Di Facebook misalnya, semua orang berlumba-lumba mahu perhatian dengan pelbagai cara. Ini hanya alam sosial yang bersifat digital, gunakan sebaiknya dan manfaatkan sepenuhnya.

Kepada rakan bisnes, mulakan membina kredibiliti di media sosial mulai sekarang. Gaya penulisan, penceritaan, komen dan aktiviti kita melambangkan keperibadian kita ( secara tidak langsung ). 

Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja.  

Semoga saya juga selalu memperbaiki kelemahan diri dan berusaha menjadi lebih baik lagi. InshaAllah, amin.

Suka dengan posting ini? Click butang Share dan tag rakan bisnes kita sekarang.


Tulisan asal oleh : Ikram Al-Banjari, Aku Saudagar Jalanan.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Comments

comments