16 Langkah Bina Bisnes Daripada Kosong

1. Mula dengan cari masalah pelanggan yang paling mereka sakit.

2. Kemudian cari penyelesaian paling berkesan bagi masalah tersebut.

3. Jadikan Penyelesaian itu Produk/Servis. Jual pada harga market. Pastikan Harga Jual lebih tinggi daripada harga kos per jualan (CPS) terkini. jika tidak, ubahsuai produk agar harga jual > cps.

4. Cari pelanggan lain yang sama dengan ciri – ciri pelanggan kita. Inilah Market Segment.

5. Tanya customer sedia ada “mengapa encik beli produk ni?”. Ubah jawapan beliau menjadi “mengapa anda perlu beli produk ini”. Inilah copywriting/skrip jualan kita.

6. Cari di mana pelanggan tadi berkumpul beramai – ramai. Inilah tempat kita test jual dengan copywriting tadi.

7. Jika kita sembang dengan 10 orang di tempat tadi, dan 1 orang pasti beli (10% conversion rate), itu tanda copywriting kita berkesan. Jika tidak, ubah suai copy kita.

8. Jika daripada 10 orang yang telah membeli dengan kita, 7 orang membeli buat kali kedua dan seterusnya, itu tanda produk kita memang berkesan. Jika tidak, tingkatkan keberkesanan.

9. Cukup 100 orang beli (daripada 1000 orang yang kita sembang – guna skrip), dan 70 orang ulang beli (daripada 100 orang beli tadi), bisnes kita dah tamat fasa startup, dan masuk fasa scale.

10. Tanya semua customer kita (100 orang tadi) soalan “mengapa encik beli produk ini?”, kita akan dapat paling kurang 3 sebab utama. 3 sebab utama inilah USP kita.

11. Bina iklan berdasarkan USP kita, barulah iklan marketing kita mampu menapis strangers menjadi prospek. Pastikan iklan kita ada Call To Action ke skrip jualan (di website kah, fb post kah atau pun wassap)

12. Test paparkan iklan di tempat – tempat pelanggan kita melepak beramai2.

13. Jika first run sales bagus daripada kempen iklan seperti mana yang kita jangkakan, maka teruskan atau bakar lagi banyak duit pada iklan. Bakar mengikut peringkat, bukan sekali harung semua.

14. Apabila sales mula menurun pada kempen iklan tersebut, kita sudah boleh potong bajet iklan.

15. Pastikan juga pasukan follow up buat kerja. Sales paling menguntungkan adalah pada repeat sales, bukan pada first sales.

16. Seterusnya, belajar uruskan cashflow. Jangan bantai beli kereta/rumah sesuka hati pula.

Semua langkah – langkah ini sekadar rumusan kasar tentang bina bisnes. Banyak lagi konsep, taktik dan teknik yang penting dalam bina bisnes telah saya sembang panjang lebar dalam post – post FB saya sebelum ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info – info berkaitan bisnes kewangan di Nota Bisnes Izwan Robotys.


Tulisan asal : Izwan Wahab


Baca Sini : 5 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Oleh Usahawan Amatur Tanpa Sedar


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Comments

comments