Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Ini hanyalah ringkasan. Untuk lebih jelas dan tepat, mohon rujuk dengan peguam dan setiausaha syarikat (CS). Saya tukang kampung je.

Puan Guru ada berpesan, elakkan berpartner dalam Enterprise. Seeloknya 1 orang, 1 perniagaan. Tapi, jika masih nak berpartner, pastikan ada ‘hitam putih’ sekurang-kurangnya seperti ini:

1. Butiran Pekongsi
Nama, alamat, IC, jenis perniagaan, tempat perniagaan, rekod perkongsian dan rekod hutang pekongsi jika boleh. Biar jelas dan semua maklum.

2. Nama Perniagaan
Menggunakan nama pekongsi ataupun nama tred. Contohnya, Ali dan Abu berkongsi niaga. Dinamakan Ali Abu Enterprise atau Bina Maju atau Bina Maju Enterprise atau lain-lain

3. Tempoh Perkongsian
Sebutkan tempoh perkongsian dengan jelas. Sekiranya perkongsian itu tidak dinyatakan tempoh, setiap pekongsinya mempunyai hak untuk membubarkannya pada bila-bila masa.

4. Cara – Cara Pembubaran
Perlu dinyatakan bahawa perniagaan tidak terbubar sekiranya berlaku kematian atau kebankrapan mana-mana pekongsi. Kerana dalam akta, ia akan terbubar dengan automatik jika tidak dinyatakan dalam perjanjian.

5. Harta Perkongsian
Pekongsi-pekongsi perlulah mengenalpasti apakah aset-aset yang dianggap sebagai harta perkongsian dan yang mana bukan, terutamanya harta-harta persendirian yang dibawa masuk ke dalam perniagaan seperti mesin, kenderaan dan lain-lain

6. Modal Pekongsi – Pekongsi
Nyatakan dengan jelas berapakah sumbangan modal, peratus keuntungan setiap pekongsi serta bagaimana keuntungan tersebut diagihkan khasnya jika berlaku pembubaran

7. Akaun Dan Penandatangan Cek
Nyatakan nama bank dan cawangan manakah akaun perniagaan akan dibuka dan siapakah pekongsi yang diberi kuasa menandatangani cek-cek firma serta siapa yang diamanahkan untuk menguruskannya

8. Perubahan Kepada Perkongsian
Tentukan cara-cara bagaimana pekongsi melantik orang lain sebagai pekongsi baru sekiranya berlaku persaraan ataupun kematian. Digalakkan supaya setiap pekongsi menamakan terus waris-waris bagi setiap pekongsi sekiranya berlaku kematian.

9. Pengurusan Perniagaan
Nyatakan secara khusus bagaimana perniagaan tersebut diuruskan, tugas dan tanggung jawab pekongsi, bayaran gaji dan lain-lain.

10. Pertukaran kepada Syarikat Sendirian Berhad
Nyatakan adakah firma akan diteruskan atau dibubarkan sekiranya ditukarkan kepada syarikat Sdn Bhd khususnya bagaimana liabiliti firma (jika ada) akan dilangsaikan, sekiranya ditukarkan kepada syarikat.

11. Pengusiran dan Persaingan
Nyatakan dengan jelas keadaan bagaimana pekongsi itu boleh dipecat dan diusir daripada firma. Contohnya, pekongsi-pekongsi yang melakukan jenayah kolar putih ataupun perkara yang bertentangan dengan undang-undang hendaklah menarik diri dari perkongsian tersebut secara sukarela

12. Pemegang Amanah
Apabila seorang pekongsi meninggal dunia, kemungkinan pekongsi yang lain tidak telus terhadap harta-harta perniagaan. Waris yang dilantik oleh pekongsi yang meninggal dunia pula mungkin tidak tahu berkenaan nilai harta-harta dan kontrak perniagaan semasa. Oleh itu firma perlu melantik seorang pemegang amanah untuk memastikan keadilan dalam kalangan pekongsi-pekongsi boleh terjamin.

Selepas siap dokumentasi ini, buat pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan mati setem di LHDN.
Walaubagaimanapun, jika boleh, berkongsilah dalam perniagaan berstatus syarikat seperti PLT dan Sdn Bhd. Cuma, walaupun kita masih enterprise, tapi biarlah sistem kita standard Sdn Bhd.


Tulisan asal : Muhd Hasrul


Baca Sini : 12 Panduan Untuk Mula Bisnes.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments